Cari @ Amanz

UTeM Akan Sertakan Kod QR Pada Sijil Untuk Mudahkan Semakan Dan Elak Sijil Palsu

Oleh Aman

Link Copied!

UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) akan mula menyertakan sebuah kod QR unik pada sijil-sijil yang dikeluarkan pada Majlis Konvokesyen ke-13 akhir bulan ini.

Melalui penggunaan kod QR tersebut, para majikan atau sesiapa sahaja boleh mengimbasnya – sekaligus memastikan kesahihan sijil yang dibawa oleh graduan universiti berkenaan. Langkah ini juga akan turut mengurangkan kadar sijil palsu dipasaran menggunakan nama universiti tersebut.

Dengan mengimbas kod QR berkenaan, ia dijangka akan memaparkan tahun konvokesyen, nombor daftar pelajar, program pengajian dan juga kelas pengijazahan.

Sebelum ini, sijil sering hadir dengan angka unik mereka tersendiri – tetapi ia mungkin sedikit sukar untuk membuat semakan, berbanding penggunaan kod QR ini.

Dengan langkah oleh UTeM ini, adakah mungkin kita akan dapat melihat universiti lain turut melakukan perkara lebih kurang sama?


Komen ()