Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan pakej Unifi Edu dan juga Unifi Ebiz. Sebelum ini, kedua-dua pakej ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, tetapi info penuh mengenainya tidak diumumkan ketika itu.
Secara kasar, Unifi Edu ini dilihat seperti pakej yang tertiris sebelum ini, dimana ia menawarkan pakej bermula Unifi Lite Plan 10Mbps pada harga RM99 sebulan. Setiap pakej juga turut hadir dengan pilihan HyppTV, akses [email protected] dan juga 600 minit panggilan.
Berikut merupakan pakej yang ditawarkan untuk Unifi Edu:
- Unifi Edu Lite Plan 10Mbps – RM99 sebulan
- Unifi Edu Advance Plan 30Mbps – RM169 sebulan
- Unifi Edu Advance Plan 100Mbps – RM299 sebulan
Untuk mendaftar pakej Unifi Edu ini, pelanggan perkhidmatan perlulah berusia antara 18 ke 25 tahun, dan mempunyai kad pelajar, serta sedang belajar di Malaysia.
Bersama-sama pakej Unifi Edu, pihak Telekom Malaysia turut mengumumkan pakej baru untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana dinamakan Unifi EBiz. Untuk menggunakan Unifi EBiz ini, pendaftaran syarikat perlulah menyertakan kategori “Online Business” padanya.
Melalui Unifi Ebiz, Telekom Malaysia menawarkan akses internet, dan juga minit panggilan percuma.
Berikut adalah pakej yang ditawarkan dibawah Unifi EBiz:
- Unifi Ebiz Lite Plan 10Mbps – RM179 sebulan
- Unifi Ebiz Advance Plan 30Mbps – RM249 sebulan
- Unifi Ebiz Advance Plan 100Mbps – RM349 sebulan
Telekom Malaysia turut menekankan yang mana penjimatan yang ditawarkan adalah selama 24 bulan dengan melanggan kepada pakej ini berbanding langganan pakej biasa. Anda yang berminat boleh membuat pendaftaran untuknya, dan mendapatkan penjimatan lebih berbanding pakej biasa.