Broadcom Dilaporkan Mungkin Membida Untuk Mengambil-Alih Qualcomm

Broadcom Dilaporkan Mungkin Membida Untuk Mengambil-Alih Qualcomm

Diterbitkan pada November 4, 2017 oleh .

Broadcom merupakan salah satu syarikat semikonduktor terkemuka dunia dimana antara produknya adalah cipset WiFi, GPU, cip untuk rangkaian, dan beberapa yang lain. Syarikat ini diterajui oleh Hock E. Tan yang lahir di Malaysia.

Terkini, Bloomberg melaporkan yang mana Broadcom akan kelak membida untuk mengambil-alih Qualcomm.

Qualcomm sendiri merupakan syarikat yang terkenal dengan penawaran cip pemprosesan mereka yang digunakan secara meluas pada peranti mudah-alih.

Menurut laporan sama, pengambil-alihan ini mungkin mencapai angka $100 bilion.

Seperti biasa, ini sekadar desas-desus dan ura-ura awal sahaja. Dengan Qualcomm sendiri kini berlawan dengan Apple untuk beberapa paten, mungkin proses disebalik pengambil-alihan ini akan sedikit lama berbanding kebiasaan – sekiranya benar Broadcom ingin mengambil-alih Qualcomm.


TIPS & ULASAN