CEO Maxis Akan Meninggalkan Syarikat Pada Mac 2018

CEO Maxis Akan Meninggalkan Syarikat Pada Mac 2018

Diterbitkan pada November 4, 2017 oleh .

CEO Maxis semasa, iaitu Morten Lundal akan meninggalkan syarikat telekomunikasi berkenaan pada 31 Mac 2018 kelak. Perkara ini diumumkan oleh Maxis melalui kenyataan di Bursa Malaysia.

Morten Lundal sebelum ini telah menjadi CEO Maxis sejak daripada Oktober 2013 yang lepas. Sebelum itu, beliau turut pernah menerajui Digi pada 2004 yang lepas.

Morten Lundal akan meninggalkan syarikat kerana kontrak beliau akan tamat pada 31 Mac 2018 kelak, dan ia tidak diperbaharui.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah akan menggantikan jawatan beliau di Maxis.


TIPS & ULASAN