Cari @ Amanz

Konsol Nintendo Switch ialah yang terhangat di pasaran sekarang sehingga agak sukar untuk membelinya. Ia adalah konsol hibrid pertama yang mampu dimainkan pada skrin TV dan secara mudah alih. Apabila inovasi seperti ini berlaku, dengan pantas ia akan menjadi ikutan pengeluar lain. Vastking G800 ialah klon Nintendo Switch yang menggunakan sistem operasi Windows 10.

Tidak mengejutkan ia muncul dari negara China. Vastking G800 dilengkapi skrin 8″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Intel Pentium N4200 empat teras Apollo Lake. memori sehinga 6GB RAM dan storan 32GB dengan pilihan SSD. Sebuah kamera 2-Megapixel diletakkan pada bahagian hadapan dan bateri 3400 mAH membekalkan kuasa sehingga empat jam.

Turut disertakan ialah satu port USB-C, satu USB-3.0 dan mikro HDM. Seperti Switch, dua pengawal permainan boleh disambung kepada tablet ini. Pihak Vastking ingin memasarkannya pada harga sekitar $300 (~RM 1270) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd