Asus Pegasus 4S Dilancarkan Dengan Skrin Nirbingkai

Asus Pegasus 4S Dilancarkan Dengan Skrin Nirbingkai

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

Skrin nirbingkai ialah rekaan yang dilihat perlu disertakan pada peranti terkini ia rekaan yang sedang mendapat tempat di hati pengguna. Asus akhirnya akur kepada permintaan semasa dan melancarkan peranti nirbingkai pertama mereka Asus Pegasus 4S di China.

Ia dilengkapi skrin nirbingkai 5.7″ IPS LCD HD+ dengan nisbah 18:9, dijana pemproses MediaTek MT6750T, memori sebesar 3/4 GB dan storan 32/64 GB. Kamera utama sebesar 16+8 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel.

Peranti yang masih menggunakan Android Nougat ini dilengkapi bateri sebesar 4030 mAh yang mengecas menggunakan port mikroUSB. Sebuah pengimbas cap jari disertakan pada bahagian belakang. Buat masa ini Asus Pegasus 4S hanya dilancarkan untuk pasaran China.


TIPS & ULASAN