Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman Motorola Moto G5S Plus untuk pasaran Malaysia, pihak Lenovo Mobile Malaysia turut mengambil peluang untuk melancarkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Moto X4.

Moto X4 menawarkan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Moto X4

Melengkapkan ia adalah kamera belakang 12-megapixel Dual Autofocus Pixel Sensor, dan juga gabungan 8-megapixel untuk rakaman sudut luas.

Untuk bahagian hadapan, ia menyertakan kamera 16-megapixel dengan sokongan pencahayaan LED. Motorola turut menyertakan lensa sensor khusus 4-megapixel untuk tujuan rakaman selfie pada keadaan cahaya malap.

Lenovo turut menekankan kepada ciri pintar pada bahagian kamera, dimana anda boleh tujukan kamera pada mana-mana mercu tanda dan ia akan memaparkan info tambahan kepada anda berkaitan dengannya. Amat sesuai sekiranya anda merakamkan pelbagai gambar ketika bercuti.

Disamping itu, Moto X4 turut hadir dengan sokongan kalis air IP68. Motorola melengkapkan ia dengan Android 7.1 Nougat, dan ia dijangka akan menerima kemaskini Android Oreo.

Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1899.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd