Cari @ Amanz

Kamera dengan kemampuan merakam 360 darjah masih belum mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna. Sungguhpun begitu Samsung masih lagi menghasilkannya bagi memudahkan penghasilan kandungan realiti maya untuk Gear VR mereka. Rekaan model Gear 360 (2018) mungkin telah tertiris selepas ia ditemui di dalam pangkalan data pejabat paten Korea Selatan KIPRIS.

Rekaan terbaru nampak lebih ceria dengan rekaan seperti sebuah robot lengkap dengan alis mata. Bahagian kepala dilengkapi dua lensa kamera 360 darjah manakala tubuh lebih kecil untuk dipegang. Terdapat sepasang kaki pada bahagian bawah yang membolehkan kamera ia diletakkan stabil pada permukaan rata. Pada Gear 360 (2017) pengguna perlu membeli tripod berasingan. Tiada maklumat mengenai spesifikasi tetapi pastinya masih menyokong penstriman langsung ke media sosial popular.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd