Celcom Memperkenalkan Social Media Experience Hub Untuk Memanfaatkan Kehadiran Media Sosial

Celcom Memperkenalkan Social Media Experience Hub Untuk Memanfaatkan Kehadiran Media Sosial

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

Celcom kini boleh dikatakan sedang meningkatkan kehadiran mereka di arena media sosial. Walaupun mereka sudah menapak di Facebook sekian lama, baru-baru ini mereka dapat dilihat semakin aktif di laman Twitter, dan kini, mereka baru sahaja membuka sebuah hub untuk memantau platform-platform media sosial yang popular seperti Facebeook, Twitter, Instagram, YouTube dan sebagainya.

Hub ini dinamakan Social Media Experience Hub, ataupun smEX Hub, sebuah sistem dimana pihak Celcom boleh memantau post di halaman media sosial supaya mereka boleh menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan oleh pengguna-pengguna telko tersebut.

Menurut syarikat penganalisa media sosial SocialBreakers, Celcom kini mempunyai 1.2 juta pengikut di semua akaun media sosial mereka, dan melalui hub smEX ini, mereka menjangka bahawa nilai ini akan meningkat lagi.

smEX Hub ini bukan sahaja boleh menjejak post media sosial, tetapi juga melihat kekerapan nama Celcom ataupun Xpax digunakan oleh pengguna-pengguna media sosial. Jika para pengguna talian Celcom ataupun Xpax ini mempunyai sebarang masalah, pihak Celcom boleh memantau masalah tersebut dengan cepat dan tangkas.

Menurut pihak Celcom, mereka kini mempunyai sebuah pasukan media sosial seramai 40 orang yang memantau platform-platform media sosial ini 24/7. Pasukan media sosial ini akan dibesarkan lagi untuk menampung 10 juta pelanggan mereka di Malaysia.

Anda boleh mengikut akaun-akaun media sosial Celcom di Twitter dan Facebook.


TIPS & ULASAN