NVIDIA Bakal Hadir Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX Titan X Collector’s Edition

NVIDIA Bakal Hadir Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX Titan X Collector’s Edition

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

Syarikat pembina cip NVIDIA baru sahaja hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti, tetapi nampaknya mereka tidak akan berhenti di situ sahaja.

Terkini, mereka baru sahaja mengeluarkan sebuah video acah yang menunjukkan bahawa mereka akan hadir dengan kad grafik Titan X yang baru, iaitu NVIDIA GeForce GTX Titan X Collector’s Edition.

Tiada sebarang maklumat yang diperkatakan mengenai kad grafik ini, sama ada ia menggunakan cip pemproses grafik Pascal ataupun Volta, mahupun jumlah memori dan sebagainya.

NVIDIA juga masih belum mengumumkan tarikh pengumuman ataupun pelancaran kad grafik ini, tetapi kami pasti mereka akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN