Grab Mencapai Lebih 1 Bilion Perjalanan Di Asia Tenggara

Grab Mencapai Lebih 1 Bilion Perjalanan Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

Grab (dulu dikenali dengan nama MyTeksi) merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi. Setelah beroperasi sejak 2012 yang lepas, kini Grab mengumumkan mereka telah mencapai lebih 1 bilion pemanduan setakat ini – di rantau Asia Tenggara sahaja.

Grab mengatakan mereka mencapai 1 bilion perjalanan pada 26 Oktober 2017 lepas, dimana sebanyak 66 pemanduan ke destinasi berlaku serentak ketika itu.

Grab 1 Bilion

Pencapaian ini semestinya suatu yang membanggakan untuk Grab – apatah lagi dengan Uber yang mempunyai penawaran di seluruh dunia telah mencapai 5 bilion pemanduan pada bulan Jun lepas.

Grab buat masa ini beroperasi di lebih 142 bandar di 7 buah negara Asia Tenggara. Seramai 68 juta pengguna dikatakan menggunakan perkhidmatan mereka setiap hari, selain 2 juta pemandu yang memandu dibawah perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN