Sony Xperia XZ Premium Dalam Pilihan Warna Rosso Mula Ditawarkan Hari Ini Pada Harga RM 3399

Sony Xperia XZ Premium Dalam Pilihan Warna Rosso Mula Ditawarkan Hari Ini Pada Harga RM 3399

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

Sony Xperia XZ Premium dilancarkan di Malaysia pada Mei yang lalu pada harga RM 3399. Ia adalah peranti yang dilengkapi skrin 4K dan kemampuan merakam video pada tetapan 960 FPS. Ketika dilancarkan ia ditawarkan dalam warna Luminous Chrome dan Deepsea Black. Pada hari ini ia akhirnya ditawarkan dalam warna Rosso pada harga RM 3399.

Sony Xperia XZ Premium dilengkapi skrin 5.5″ 4K HDR, pemproses Snapdragon 835, memori 4GB RAM dan storan 64GB UFS. Kamera utama adalah sebesar 19-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan pula 13-Megapixel f/2.0. Kamera utama peranti ini dilengkapi teknologi Motion Eye yang membolehkannya merakam pada tetapan 960 FPS. Sebuah bateri sebesar 3230 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Baca ulasan Sony Xperia XZ Premium


TIPS & ULASAN