Cari @ Amanz

Jika anda pembeli tegar jualan atas talian dan kerap kali menanti dan menagih tawaran-tawaran menarik atas talian, anda pastinya sudah tahu tentang tarikh-tarikh jualan runtuh yang diadakan mereka. Pada bulan ini, Shopee bakal mengadakan Shopee Super Sale pada 11 November dan terdapat pelbagai tawaran menarik.

Bagi kami yang sentiasa menulis berkenaan teknologi dan telefon pintar, kadangkala kami tahu sekiranya sesuatu barangan dan juga gajet dijual pada harga yang sangat menarik, atau sesuatu barangan ditawarkan dengan barangan yang lain yang sekaligus menambah nilai dan pulangan untuk pengguna.

Jika anda mencari telefon pintar, Shopee turut menawarkan 5 telefon pintar berikut yang mempunyai spesifikasi berbaloi pada harga yang menarik.

Xiaomi Redmi 4X 32GB

Xiaomi Redmi 4X ialah peranti dengan skrin 5″ IPS LCD HD, pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kamera utama 12-Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.2. Rakaman video tertinggi yang boleh dilakukan ialah pada resolusi 1080P.

Bateri sebesar 4100 mAh disertakan dengan kemampuan bertahan sehingga 18 hari menurut Xiaomi. Tidak seperti kebanyakan peranti yang dilancarkan tahun ini, Redmi 4X masih mengekalkan port pengecasan MikroUSB.

Pada Shopee, peranti ini dijual pada harga RM 534 dengan jaminan Xiaomi Malaysia serta penghantaran peranti ini adalah percuma.

Samsung Galaxy J3 Pro

Siri J yang ditawarkan oleh Samsung merupakan penawaran spesifikasi pertengahan. Galaxy J3 Pro hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan skrin Super AMOLED dan paparan 720p, dijana menggunakan cip Snapdragon 410, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Samsung Galaxy J3 Pro

Telefon yang hadir di pasaran pada pertengahan awal tahun ini dijual pada harga RM 699, kini ditawarkan di Shopee pada harga yang menarik, iaitu RM 569.

Asus Zenfone Live

Asus Zenfone Live merupakan penawaran Asus untuk telefon pintar dalam kategori yang memfokuskan penstriman dari pengguna. Pengguna yang kerap melakukan Facebook Live, Instagram Live dan aplikasi apa pun dapat melakukan penstriman dengan lebih cantik berkat fungsi Beautification yang tersedia secara langsung.

Asus Zenfone Live

Asus Zenfone Live hadir dengan skrin 5-inci, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, cip Snapdragon, dan bateri berkapasiti 2650mAh. Peranti ini hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel – serta menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Untuk promosi Shopee Super Sale ini, mereka menawarkan peranti yang harga asalnya RM 649 namun pada harga lebih rendah iaitu RM 479.

Lenovo A6600 Plus

Lenovo A6600 Plus ini menawarkan skrin 5-inci dengan paparan HD, dilengkapi sokongan 4G, cip MT6735p, memori sehingga 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 2300mAh. Peranti ini dilengkapi kamera hadapan 2-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel.

Lenovo A6600 Plus

Pada tahun lepas Lenovo menawarkan A6600 pada harga RM 479 dan menerusi Shopee, sudah tentu harga peranti ini jauh lebih mampu milik pada harga RM 369 sahaja.

Honor 5C

Satu lagi peranti hebat yang bakal ditawarkan pada harga runtuh menerusi Shopee Super Sale adalah Honor 5C. Honor 5C merupakan kemaskini untuk keluarga Honor 4C yang telah diperkenalkan pada tahun 2015. Ia hadir dengan skrin 5.2-inci dan dijaa menggunakan cip pemprosesan Kirin 650 serta GPU Mali-T830. Peranti ini hadir dengan memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Pada tahun lalu, kami telah mengulas peranti ini dan boleh dikatakan ia mempunyai markah yang baik berkadaran dengan harga yang ditawarkan.

Harga asal peranti ini adalah RM 799 namun sewaktu promosi ini berjalan iaitu hanya pada 11 November 2017, Honor 5C akan ditawarkan pada harga RM 488. Ini merupakan satu penurunan harga yang cukup menarik dan tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

  • Info
  • Beli di Shopee Super Sale: Honor 5C

Banyak lagi peranti dan juga gajet serta barangan yang akan dijual pada harga yang mampu milik dan juga diskaun yang tinggi. Seperti biasa Shopee menawarkan jaminan harga terendah dimana jika pembeli menemui tawaran dari laman lain yang lebih rendah daripada yang ditawarkan di Shopee, Shopee akan menebus 120% perbezaan harga kembali kepada pembeli menerusi Shopee Coins.

Anda juga boleh melihat koleksi ‘Lowest Price Guaranteed‘ di sini untuk melihat antara gajet-gajet terbaru yang mempunyai jaminan tersebut.

Khusus untuk pembaca Amanz, anda juga boleh menggunakan kod Shopee Amanz30 untuk pembelian pada hari Shopee Super Sale 11 November ini.

Penafian: Advertorial dari Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd