Kaodim Menerima Suntikan Dana Sebanyak $7 Juta

Kaodim Menerima Suntikan Dana Sebanyak $7 Juta

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

KaodimKaodim merupakan salah satu startup tempatan yang menawarkan kemudahan untuk membuat tempahan perkhidmatan – daripada membersih rumah, memindahkan barangan, mencari jurugambar, membaik pulih penghawa dingin dan sebagainya.

Ia telah beroperasi di Malaysia sejak beberapa tahun lepas, dan hari ini, Kaodim mengumumkan mereka menerima suntikan dana sebanyak $7 juta iaitu sekitar RM29.6 juta.

Dengan suntikan dana baru ini, Kaodim dijangka memperluaskan pemasaran perkhidmatan mereka, termasuk menawarkan ia di beberapa kawasan baru.

Di Malaysia, Kaodim buat masa ini ditawarkan hanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja.

Layari : Kaodim


TIPS & ULASAN