Cari @ Amanz

Intel dan pesaing terdekat mereka, AMD hari ini mengumumkan sesuatu yang mengejutkan – dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam merekabentuk dan mengintegtrasikan cip Intel Core dengan sokongan grafik Radeon – sekaligus membolehkan penghasilan komputer riba menggunakan cip Intel Core dan sokongan grafik yang baik.

Produk cip baru ini akan menjadi sebahagian daripada siri Intel Core Generasi-8. Hasil penggunaannya, komputer riba bersaiz nipis boleh dihasilkan, tetapi pada masa yang sama menawarkan kuasa grafik yang baik untuk memainkan pelbagai permainan video terkini.

Ia dikatakan GPU khusus yang dibangunkan AMD ini adalah hanya untuk Intel, dan menyokong HMB2 (High Bandwidth Memory 2), selain turut menyertakan sokongan EMIB (Embedded Multi-Die Interconnect Bridge). Menggunakan EMIB ia menawarkan sokongan modular – memudahkan Intel untuk mengabungkan cip dengan rekaan pemprosesan berbeza dengan mudah. Ini secara tidak langsung mengurangkan saiz keseluruhannya, disamping menggunakan kuasa memori yang lebih kecil berbanding rekaan cip tradisional.

Info penuh mengenai cip pemprosesan Intel Core dengan gabungan grafik Radeon ini masih tidak diketahui lagi dan dijangka akan dikongsikan dalam beberapa bulan lagi.

Komputer riba yang menggunakan kombinasi cip ini dijangka akan hadir pada awal 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd