OnePlus 5T Akan Dilancarkan Pada 16 November

OnePlus 5T Akan Dilancarkan Pada 16 November

Diterbitkan pada November 7, 2017 oleh .

Kewujudan OnePlus 5T bukan lagi rahsia dengan beberapa petanda mula dikesan sejak beberapa minggu yang lalu. Pertama sekali OnePlus 5 disenaraikan sebagai kehabisan stok di laman atas talian OnePlus. Markah penanda arasnya pula muncul di GeekBench. Hari ini OnePlus mengesahkan peranti kemaskini OnePlus 5 ini akan dilancarkan pada 16 November.

Acara akan berlangsung di New York. Pihak OnePlus telah menjual tiket berharga $40 (~RM 168) kepada peminat yang ingin menghadiri acara pelancaran ini. Bagi yang tidak mahu membayar, acara akan distrim secara atas talian seperti biasa. OnePlus 5T akan mula dijual pada 21 November di Amerika Utara dan Eropah. Jualan di Asia akan bermula pada 1 Disember di China terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN