Pada hari ini, kita sedia biasa dengan perkhidmatan penstriman video atau muzik. Disamping itu, kini Microsoft dikatakan mungkin hadir dengan sebuah perkhidmatan penstriman untuk permainan video.
Menurut laporan Bloomberg perkhidmatan penstriman ini tidak akan memerlukan konsol khusus – bermakna ia akan ditawarkan secara terbuka dan bukan khusus untuk Xbox sahaja.
Sebelum ini, Microsoft dikatakan telah menguji perkhidmatan seumpamanya secara dalaman – tetapi disebabkan kosnya yang tinggi, ia tidak dipasarkan.
Pada hari ini, dengan perkembangan arena internet yang lebih pantas – selain harga perkomputeran awan yang lebih murah berbanding beberapa tahun lepas.
Buat masa ini, beberapa perkhidmatan penstriman permainan video ditawarkan – termasuk NVIDIA dengan GeForce Now.