Cari @ Amanz

Dengan saiz storan yang bertambah, jumlah aplikasi dan gambar yang boleh disimpan di dalam peranti juga bertambah. Ini boleh mengakibatkan terdapat banyak folder tambahan untuk pelbagai aplikasi yang menyemakkan folder galeri gambar. Aplikasi Samsung Gallery telah diberikan kemaskini dan pengguna kini boleh menyorokkan folder gambar tertentu.

Kemaskini versi 5.3.14.306 ini perlu dilakukan menerusi aplikasi Galaxy App kerana ia tidak berlaku secara automatik. Selepas kemaskini pengguna perlu pergi ke menu tiga titik pada bucu atas kanan dan memilih Hide Albums. Kemudian pilih folder yang ingin disorokkan. Untuk memaparkannya semula, pilih Hide Albums sekali lagi dan nyahpilih folder yang sebelum ini disorok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd