Kos Menghasilkan Sebuah iPhone X Dianggarkan Sekitar RM1511 Sahaja

Kos Menghasilkan Sebuah iPhone X Dianggarkan Sekitar RM1511 Sahaja

Diterbitkan pada November 7, 2017 oleh .

iPhone X ialah telefon pintar dengan harga jualan termahal kerana harga mencecah RM 5899 sebuah. Seperti biasa setiap kali model terbaru dilancarkan, ramai yang tertanya-tanya apakah kos sebenar untuk menghasilkan peranti yang dijual pada harga premium ini. Menurut laporan Reuters yang memetik firma TechInsights telah berkongsi anggaran kos penghasilan iPhone X dan ia bermula dari $357.50 (~RM 1511) sebuah untuk model yang dijual pada harga $999 di Amerika Syarikat.

Ini memberikan keuntungan sebanyak 64% dengan setiap jualan peranti. Ini adalah lebih tinggi berbanding iPhone 8 yang memberikan keuntungan sebanyak 59%. Kos komponen skrin OLED dianggarkan berharga $65.50 (~RM 277) dan kerangka aluminium pula berharga $36 (~RM 152). Sebagai perbandingan kos skrin iPhone 8 ialah $36 (~RM 152) manakala kerangka pula $21.50 (~RM 91).

Anggaran ini walaubagaimanapun tidak mengambil kira kos buruh, logistik, lesen paten dan kos kajian teknologi baru yang dilaburkan oleh Apple bagi menghasilkan peranti.

 


TIPS & ULASAN