Cari @ Amanz

Shopback merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk para pengguna mendapatkan sebahagian kecil wang kembali untuk pembelian atas-talian. Shopback telah beroperasi sejak 2014 yang lepas dan turut menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia.

Terkini, dalam terus memperkembangkan syarikat mereka, Shopback hari ini mengumumkan penerimaan suntikan dana sebanyak $25 juta daripada beberapa pelabur.

Menurut Shopback, buat masa ini mereka mempunyai lebih 3.5 juta pengguna berdaftar, dan telah menjana lebih $300 juta untuk 1300 rakan kerjasama jualan mereka.

Bagi anda yang sering melakukan pembelian atas-talian, anda boleh mendaftarkan diri pada Shopback, dan melakukan pembelian melaluinya untuk mendapatkan sebahagian daripada wang anda kembali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd