Kad Grafik Edisi Khas Star Wars Nvidia GeForce Titan Xp Dilancarkan
Artikel Berkaitan

Kad Grafik Edisi Khas Star Wars Nvidia GeForce Titan Xp Dilancarkan

Diterbitkan pada November 8, 2017 oleh .

Semoga Force sentiasa bersama anda! Ini ialah dialog yang amat dikenali ramai kerana kepopularan siri filem Star Wars. Bagi peminat tegar siri ini, kad grafik Star Wars Nvidia GeForce Titan Xp Special Edition telah dilancarkan. Dua versi dihasilkan dengan tema Jedi Order dan Galactic Empire.

Perbezaan terletak pada kemasan dan warna lampu LED yang disertakan. Jedi Order mempunyai kemasan yang lebih kasar dengan lampu LED berwarna hijau. Galactic Empire pula mempunyai kemasan berkilat dengan lampu LED berwarna merah.  Kedua-dua kad dilengkapi cip GPU NVIDIA Pascal GP102 GPU dengan 3,840 teras CUDA pada kelajuan 1.6GHz dan memori sebesar 12GB GDDR5X pada kelajuan 11.4Gbps.

Harga jualan Star Wars Nvidia GeForce Titan Xp Special Edition ialah $1200 (~RM 5074). Tiba masanya untuk menerima kontrak dari Jabba untuk membiayai pembelian kad grafik ini.


TIPS & ULASAN