Ruang Pameran Mi Home Terbesar Dibuka Di Shenzen Menerima Sentuhan Pereka Apple Store

Ruang Pameran Mi Home Terbesar Dibuka Di Shenzen Menerima Sentuhan Pereka Apple Store

Diterbitkan pada November 8, 2017 oleh .

Xiaomi menerima gelaran Apple versi China kerana CEO Lei Jun banyak mengikut gaya mendiang Steve Jobs. Syarikat yang sebelum ini terkenal dengan jualan produk hanya secara atas talian pada harga mampu milik telah akur dengan kehendak pengguna dan membuka ruang pameran fizikal Mi Home. Di Shenzen, Mi Home yang terbesar setakat ini telahpun dibuka dan memuatkan kesemua produk yang dihasilkan oleh Xiaomi.

Mi Home dengan ruang lantai 650 meter persegi ini mempunyai dua aras dengan dinding hadapan diperbuat daripada kaca. Sekiranya rekaan ini seperti pernah dilihat, ini adalah firma Eight Inc yang bertanggungjawab mereka Apple Store turut mereka Mi Home ini. Pelbagai produk dari peranti, power bank, basikal, katil, TV dan sebagainya boleh dibeli dari ruang pameran ini.


TIPS & ULASAN