Cari @ Amanz

Dengan kehadiran komputer-komputer yang semakin berkuasa, satu komponen yang sering ditinggalkan di belakang ialah paparan skrin. Bagi golongan gamer yang tegar, paparan skrin yang besar dan kadar segar semula adalah sesuatu yang sangat perlu.

 

ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan kehadiran monitor gaming terbaru mereka, iaitu ASUS STRIX XG27VQ, sebuah paparan bersaiz 27 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel yang juga hadir dengan teknologi paparan AMD FreeSync dan kadar segar semula 144Hz.

Dari segi I/O, paparan ini hadir dengan port HDMI v1.4, DisplayPort 1.2 dan juga DVI-D. Ia juga hadir dengan tapak berkaki tiga seperti sebuah tripod, manakala dibawah tapak tersebut terdapat lampu LED yang akan menyalakan logo  Republic of Gamers ke permukaan meja.

Lebih menarik lagi, paparan XG27VQ ini juga merupakan sebuah paparan melengkung dengan nilai lengkungan 1800R dan teknologi ASUS Eye Care yang memberikan anda pengalaman melihat yang cukup selesa walaupun anda bermain permainan buat jangkamasa yang lama.

Bagi mereka yang gemarkan lampu RGB, sistem penyalaan RGB Aura Sync juga hadir di bahagian belakang monitor ini, jadi anda boleh menyelaraskan sistem pencahayaan PC dan aksesori komputer anda jika mereka semuanya menyokong sistem Aura Sync tersebut.

Menurut ASUS Malaysia, paparan skrin ASUS STRIX XG27VQ ini sudahpun hadir di pasaran Malaysia pada tanda harga RM2,234, dan hadir dengan waranti selama 3 tahun daripada tarikh pembelian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd