Cari @ Amanz

Opera hari ini telah menawarkan versi terbaru pelayar web desktop mereka, iaitu Opera 49. Melaluinya, kini ia lebih dioptimasikan, dan menariknya ia kini menyertakan sokongan untuk merakamkan selfie terus melalui pelayar web berkenaan.

Opera Selfie

Kini, anda boleh merakamkan gambar skrin, dan seterusnya menambah ia pada paparan skrin yang dirakamkan melalui desktop. Pengguna juga turut boleh menyunting paparan skrin dengan beberapa info tambahan sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain melalui sokongan permesejan terbina atau melalui media sosial.

Disamping itu, Opera turut menambah pemain kandungan realiti-maya bagi memudahkan anda melayari kandungan 360-darjah terus menggunakan pelayar web berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, boleh mengemaskini pelayar web anda kepada versi terkini dan menikmati ciri-ciri yang dibawakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd