Uber Bekerjasama Dengan NASA Untuk “Teksi Terbang”

Uber Bekerjasama Dengan NASA Untuk “Teksi Terbang”

Diterbitkan pada November 9, 2017 oleh .

Uber sebelum ini sedia menyatakan hasrat mereka beberapa kali untuk pembangunan kenderaan terbang – sekaligus memudahkan lagi pengurusan trafik serta menjadikan perjalanan dari luar bandar lebih efisyen.

Kini, dalam usaha bergerak kehadapan, Uber mengumumkan kerjasama dengan NASA. Melaluinya, mereka akan membangunkan perisian untuk menguruskan perjalanan “teksi terbang” di udara.

Uber Udara

Dengan kerjasama NASA ini, mereka dijangka akan dapat menguruskan trafik di udara dengan lebih baik, sekaligus memudahkan pelbagai kereta terbang tanpa masalah. Penggunaan kereta terbang juga bakal mengurangkan masa perjalanan sehingga 1/3 berbanding penggunaan jalan darat.

Uber turut dijangka akan menguji kereta terbang di Los Angeles seawal 2020 kelak yang berupaya membawa empat penumpang pada sesuatu masa.


TIPS & ULASAN