Tencent Kini Mempunyai Lebih 12% Pegangan Pada Syarikat Snapchat

Diterbitkan pada Nov 9, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tencent merupakan salah satu syarikat gergasi internet dari China – dimana mereka mempunyai pegangan pada pelbagai syarikat teknologi, termasuk WeChat, Tesla, dan sebagainya. Kini, Tencent turut dilihat meningkatkan pegangan mereka pada Snap, iaitu syarikat disebalik Snapchat.

Tencent kini mempunyai lebih 12% pegangan pada syarikat Snap. Syarikat berkenaan sendiri dilihat menghadapi beberapa masalah, termasuk membuatkan para pelabur kurang yakin. Apatah lagi dengan langkah Facebook sendiri yang menyerang syarikat berkenaan melalui pengenalan ciri Stories pada pelbagai platform mereka.

Untuk Tencent sendiri, langkah pelaburan strategik ini memberikan mereka pegangan pada pengguna di negara barat yang aktif menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Sebelum ini, ia diperkatakan yang mana Tencent telah mula melabur di Snapchat sejak 2012 yang lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami