Carian
Samsung Galaxy S8 Berwarna Merah Mula Ditawarkan Di Korea Selatan
November 9, 2017 Effi Saharudin

Penghasilan peranti dengan pilihan warna baru berbulan selepas ia dilancarkan adalah teknik yang semakin popular sekarang. Samsung dan Oppo kerap kali melakukannya. Sekiranya anda mahukan Galaxy S8 berwarna merah, ia kini ditawarkan di Korea Selatan sempena menyambut musim luruh.

https://www.youtube.com/watch?v=WufJVKouKVk

Warna Burgundy Red ini ialah pilihan warna ke-enam selepas hitam, emas, kelabu, merah jambu dan biru sebelum ini. Tiada perubahan spesifikasi dilakukan oleh Samsung pada peranti ini. Buat masa ini ia hanya ditawarkan hanya di Korea Selatan tetapi biasanya ia akan akhirnya tiba juga ke pasaran Malaysia selepas beberapa bulan.

Komen