Microsoft Word sering digunakan ramai dalam usaha menyediakan dokumen – termasuk untuk membuat resume anda sendiri. Kini, Microsoft mengumumkan yang mana mereka menambah Resume Assistant pada Microsoft Word dalam memudahkan anda menghasilkan resume lebih baik lagi.
Resume Assistant ini adalah sokongan kecerdasan buatan yang dikuasaka oleh LinkedIn. Melalui integrasi ini, ia memudahkan lagi anda menerangkan skop kerja yang pernah anda lakukan dengan menarik info dan memaparkan contoh penerangan daripada pengguna lain dalam industri dan pengalaman kerja yang lebih kurang sama dengan anda.
Disamping itu, Resume Assistant ini juga dikatakan mampu mengoptimasikan lagi resume anda berdasarkan kepada sesuatu iklan kerja.
Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Office 365 dibeberapa buah negara terlebih dahulu melalui program Office Insider.