Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas pihak Western Digital telahpun melancarkan produk storan baru yang memfokuskan professional iaitu WD Blue 3D SSD & Sandisk Ultra 3D SSD. Hari ini mereka telah mengumumkan tiga produk terkini memfokuskan pengguna umum dan salah satunya adalah kad Mikro SD berkapasiti tinggi SanDisk Ultra microSDXC 400GB.

Kad ini sesuai digunakan untuk peranti mudah-alih, ataupun boleh digunakan bersama penyesuai kad SD membolehkan kad ini digunakan untuk kamera DSLR dan sebarang peranti yang menyokongnya. Ia mempunyai kelas UHS-I Class 10 dan menyokong kelajuan membaca 100 MB/s.

Produk kedua yang dibawakan Western Digital adalah WD My Cloud Home. Ia merupakan produk terbaru dalam siri My Cloud, yang membolehkan fail-fail yang tersimpan didalamnya boleh diakses pengguna di mana-mana menggunakan internet. Penetapannya juga mudah, membolehkan pengguna mempunyai storan awan tersendiri tanpa perlu membayar harga langganan mahupun risau akan letaknya fail tersebut.

Produk ketiga adalah SanDisk iXpand Base. Ia merupakan solusi storan untuk peranti mudah-alih yang biasanya mempunyai storan terhad dan tidak mempunyai sandaran (backup) data sekiranya terjadi sesuatu perkara. SanDisk iXpand Base menyelesaikan masalah ini. Apabila peranti disambungkan kepadanya, kesemua data dapat disimpan secara automatik disamping mengecas peranti tersebut.

Ketiga-tiga produk ini akan hadir ke pasaran dalam masa terdekat. Solusi storan My Cloud Home bakal dijual pada dua variasi termasuklah My Cloud Home Duo yang menyokong storan RAID. My Cloud Home tersedia pada 5 pilihan kapasiti:

  • 2TB: RM 739
  • 3TB: RM 839
  • 4TB: RM 1,059
  • 6TB: RM 1,459
  • 8TB: RM 1,799

My Cloud Home Duo pula tersedia dalam 6 pilihan kapasiti

  • 4TB: RM 1,599
  • 6TB: RM 1,999
  • 8TB: RM 2,499
  • 12TB: RM 3,459
  • 16TB: RM 3,999
  • 20TB: RM 4,399

Bagi SanDisk iXpand Base, anda boleh membelinya di kedai yang menjual produk Apple, serta menerusi 11street, Lazada dan juga Shopee. Ia tersedia pada tiga pilihan kapasiti iaitu RM 369 untuk 64GB, RM 529 untuk 128GB manakala RM 899 untuk 256 GB.

Kad storan berkapasiti tinggi SanDisk Ultra microSDXC 400GB pula hanya akan dijual bermula bulan Disember 2017 menerusi 11street, Lazada dan juga Shopee pada harga RM1,499 termasuklah jaminan terhad selama 10 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd