iPhone X Kalah Kepada Samsung Galaxy Note 8 Dalam Ujian Kepantasan

Diterbitkan pada Nov 9, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satu sebab mengapa pengguna iPhone sanggup berbelanja lebih membeli peranti mereka ialah kepantasan iOS. Tahun demi tahun dalam ujian kepantasan, iOS konsisten lebih pantas dan bijak mengurus RAM berbanding Android. Tahun ini ia berbeza selepas Galaxy Note 8 dan OnePlus 5 terbukti lebih pantas berbanding iPhone 8 Plus. Bagaimana pula apabila dibandingkan dengan iPhone X?

Video terkini ujian kepantasan dari Phonebuff menunjukkan Galaxy Note 8 mengalahkan iPhone X. Memori sebesar 6GB RAM pada Galaxy Note 8 membolehkan aplikasi berfungsi pada latar belakang tanpa perlu dimuat turun semula. OnePlus 5 dengan 8GB RAM masih kekal sebagai telefon pintar terpantas di pasaran kerana sebelum ini berjaya mengalahkan Galaxy Note 8.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami