Microsoft Menguji Ciri Perkongsian Seumpama “AirDrop” Untuk Windows 10

Microsoft Menguji Ciri Perkongsian Seumpama “AirDrop” Untuk Windows 10

Diterbitkan pada November 9, 2017 oleh .

Microsoft hari ini telah mula menawarkan versi terbaru sistem operasi mereka untuk Windows 10 Insider, dan menyertakan sejumlah ciri-ciri baru. Salah satu daripadanya adalah sokongan perkongsian bersama komputer-komputer terdekat, dinamakan Near Share.

Melalui Near Share, ia menawarkan kemudahan perkongsian tanpa wayar kepada PC dan komputer berdekatan dengan mudah dan pantas.

Windows Near Share

Ciri Near Share ini menggunakan kelebihan Bluetooth untuk menghantar atau menerima dokumen atau gambar. Ini bermakna, kedua-dua penghantar dan penerima perlulah berada berhampiran dan tidak terlalu jauh.

Seperti biasa, pengguna akan menerima notifikasi apabila ada seseorang yang cuba menghantar fail kepada anda.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian awal, dan mungkin akan dilancarkan secara rasminya pada versi kemaskini Windows 10 akan datang.


TIPS & ULASAN