Cari @ Amanz

Google hari ini telah mula menawarkan aplikasi Files Go Beta untuk diuji oleh para pengguna peranti Android seluruh dunia. Melalui aplikasi ini, Google menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik – dan dilihat lebih ditujukan untuk pengguna dengan peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah.

Menggunakan aplikasi Files Go beta ini, pengguna boleh kosongkan ruangan storan pada peranti. Ia akan mengimbas peranti anda, dan memberikan anda cadangan untuk membuang pelbagai aplikasi yang jarang digunakan – sekaligus menjadikan peranti anda lebih “ringan” dan pantas.

Files Go Beta

Disamping itu, ia turut boleh mengimbas dan memadam gambar yang serupa – atau berbentuk pendua yang dilakukan anda tanpa sedari.

Files Go Beta turut menyertakan ciri perkongsian dokumena atau fail antara peranti Android dengan pantas dan selamat – seumpama ciri AirDrop, dimana ia tidak memerlukan sebarang sambungan internet untuk tujuan pemindahan dan penerimaan dokumen.

Google Files Go Beta ini bersaiz kurang 6MB – dan boleh dipasang melalui Play Store hari ini. Hendaklah diambil perhatian yang mana aplikasi ini masih pada peringkat pembangunan – dan mungkin mempunyai beberapa pepijat yang tidak dikenal-pasti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd