Cari @ Amanz

Kemaskini : Melalui kenyataan kepada The Edge Markets, CEO Tune Talk, Jason Lo mengatakan yang mana kisah yang dilaporkan adalah tidak tepat.

Menurut Jason Lo, ketika mendarat di Dubai, kawan Jason Lo cuba menghentikan pergaduhan. Seterusnya, kawan berkenaan menerima pukulan membuatkan Jason untuk menghentikan lelaki berkaitan – yang mana didapati merupakan seorang polis pengintip. Disebabkan oleh perkara berkenaan, Jason telah ditahan – dan ia mengambil masa sedikit lama kerana lelaki berkaitan menangguhkan kenyataan untuk beberapa minggu.


Laporan Asal : Terdapat beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia – termasuk syarikat berbentuk MVNO dan sebagainya. Terkini, sebuah laporan hadir melalui Harian Metro, mengatakan yang mana salah seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) untuk syarikat telekomunikasi tempatan telah ditahan di Dubai kerana kesalahan memiliki dadah.

Nama CEO berkenaan dan syarikat telekomunikasi berkaitan tidak diumumkan. Ia dilaporkan yang mana CEO berkenaan telah ditahan pada bulan September yang lepas – dan telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari Selasa lepas selepas menjalani hukuman di negara berkenaan.

Ia dikatakan yang mana CEO berkenaan telah tiba di lapangan terbang Dubai melalui penerbangan dari Amsterdam, Belanda pada September yang lepas – dan didapati bagasi yang dibawa mempunyai sejumlah dadah. Dia kemudian ditahan dua minggu, dan dipindahkan ke Penjara Pusat Al-Aweer untuk menjalani hukuman.

CEO berkaitan telah pun dihantar kembali ke Malaysia selepas menjalani hukuman berkenaan, dan dikatakan telah tiba ke Kuala Lumpur pada minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd