Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman muzik adalah masa depan industri hiburan dengan jualan album fizikal berkurangan tahun demi tahun. Spotify, Apple Music dan Tidal adalah tiga perkhidmatan yang mempunyai jumlah pelanggan tertinggi. Tiga gergasi ini akan menerima pencabar baru iaity Yeezy Sound.

Yeezy Sound ialah perkhidmatan penstriman muzik, video, audio, kadungan multimedia dan imej yang difailkan tanda dagangnya oleh Kanye West. Kanye West sebelum ini memainkan peranan yang besar di dalam Tidal yang dimiliki oleh teman beliau Jay Z.

Hubungan di antara dua sahabat ini retak setelah Kanye menuduh Jay Z enggan membayar royalti bernilai jutaan Dollar kepada beliau kerana menarik pelanggan ke Tidal. Kanye kemudian disaman pelanggan Tidal kerana album yang dikatakan eksklusif pada platform tersebut kemudian ditawarkan di Spotify dan Apple Music.

Setakat ini tidak diketahui bilakah Yeezy Sound akan dilancarkan. Adakah perkhidmatan penstriman dari seorang artis boleh kekal beroperasi? Sebelum ini Taylor Swift telah melancarkan platform media sosial peribadi. Artis barat mempunyai kepercayaan yang tinggi bahawa nama mereka sudah cukup bernilai untuk melancarkan perkhidmatan atas talian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd