EA Mengambil-Alih Studio Permainan Disebalik Titanfall – Respawn Entertainment

EA Mengambil-Alih Studio Permainan Disebalik Titanfall – Respawn Entertainment

Diterbitkan pada November 10, 2017 oleh .

Electronic Arts hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih studio permainan Respawn pada nilai mencapai $455 juta. Studio permainan ini pernah menghasilkan beberapa permainan, termasuk salah satu yang popular adalah Titanfall.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak. Untuk Respawn, ia akan memudahkan lagi proses penerbitan permainan mereka – sementara untuk EA pula ia akan memudahkan mereka untuk memantau pembangunan dan pelancaran pelbagai permainan dibawah mereka.

Disamping itu, EA juga dapat menguatkan lagi portfolio permainan mereka – terutamanya yang berkaitan dengan arena tembak-menembak dan aksi.

Pada masa yang sama, EA dan Respawn turut berkongsi mengatakan mereka sedang membangunkan sebuah projek berkaitan dengan Star Wars dan dijangka akan dikongsikan lanjut pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN