Twitter pada minggu ini telah mula menyokong perkongsian Tweet sehingga 280 aksara – sekaligus membolehkan perkongsian yang lebih panjang dilakukan melaluinya. Kini, selain daripada hanya pada Tweet, pihak Twitter turut mengumumkan sokongan nama pengguna yang lebih panjang.
Sebelum ini, Twitter mengehadkan penggunaan hanya 20 aksara untuk paparan nama seseorang pengguna, tetapi bermula hari ini, pengguna boleh menggunakan ia sehingga mencapai 50 aksara.
Untuk makluman, ini adalah paparan nama pengguna – seperti di profil dan pada garis masa, dan bukannya nama pengguna yang kebiasaannya bermula dengan “@”.
Langkah ini mungkin digemari ramai yang mempunyai nama yang panjang – tetapi tidak mustahil juga kita melihat penggunaan nama yang makin panjang “untuk suka-suka” pada garis masa bermula hari ini.
Starting today, your Twitter display name can be up to 50 characters in length! Go ahead, add that middle name or even a few more emojis. https://t.co/QBxx9Hnn1j
— Twitter Support (@TwitterSupport) November 10, 2017