Cari @ Amanz

SwiftKey ialah antara papan kekunci yang ditawarkan pada Android dan iOS. Aplikasi ini telah dikemaskini dengan fungsi baru Photo Themes yang membenarkan pengguna untuk meletakkan gambar latar belakang pilihan sendiri.

Mereka juga boleh memilih untuk menggunakan bingkai pada papan kekunci atas sebaliknya. Kesemua fungsi baru ini disokong pada aplikasi Android dan iOS. Pada waktu yang sama mereka mengumumkan kerjasama dengan jurufoto Keith Ladzinski untuk menyediakan gambar latar belakang terpasang yang menarik untuk digunakan. Beliau pernah bekerja bersama National Geographic dan Discovery Channel. Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi SwitfKey untuk menikmati fungsi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd