Cari @ Amanz

Kajian Memperlihatkan 75% Pengguna Malaysia Terbuka Beralih Ke Talian Telekomunikasi Baru

Oleh Aman

Link Copied!

Pada hari ini, peranti mudah-alih telah menjadi salah satu nadi kehidupan harian, dan ramai yang tidak boleh berpisah dengannya. Kajian kasar memperlihatkan pengguna Malaysia mempunyai lebih daripada satu peranti mudah-alih pada sesuatu masa – dan seperti biasa, setiap peranti mudah-alih turut mempunyai talian yang berbeza.

Bercakap mengenainya, hari ini Google Malaysia berkongsi beberapa data menarik berkaitan carian dan kelakuan pengguna ketika sedang mencari pelan pascabayar atau prabayar baru.

Seperti ramai sedia maklum, kini anda boleh melakukan MNP ke sebarang talian dan mengekalkan nombor telefon sedia ada anda. Ini sekaligus membuatkan ramai pengguna yang sering mencari pelan data dan panggilan yang menarik selari dengan kaedah penggunaan masing-masing.

Google TNS Telco

Bercakap mengenainya, Google mengatakan pengguna secara purata melihat kepada 3 jenama pilihan sebelum membuat keputusan untuk membeli atau tidak. Kajian awal sering dilakukan di atas talian – dimana ia dikatakan sekitar 94%. Menariknya, daripada data ini adalah dimaa 69% daripada carian dan kajian mengenai pelan data baru dilakukan melalui peranti mudah-alih mereka.

Kebiasaannya, sekitar 86% pengguna telah menetapkan pilihan mereka sebelum melakukan pembelian – tetapi data menunjukkan yang mana 75% pengguna terbuka untuk mencuba jenama talian telekomunikasi baru sebelum melakukan pembelian akhir.

Google TNS Telco

Secara kasar, ia dilihat pengguna ingin beralih ke talian baru disebabkan beberapa perkara, dan antaranya adalah naik-taraf pelan sedia ada, inginkan sesuatu yang lebih mampu-milik, tidak puas-hati dengan pelan sedia ada, dan juga sudah tiba masanya untuk perbaharui pelan sedia ada mereka.

Google TNS Telco

Disamping itu, pengguna turut membandingkan daripada beberapa segi, termasuk harga penawaran, promosi jualan, perbandingan pelan dan juga kawasan liputan.

Google melakukan kajian ini dengan kerjasama pihak Kantar TS – dan ia melibatkan seramai 500 responden.

Bagi anda sendiri, apakah anda terbuka bertukar ke talian telekomunikasi baru sekiranya ia menawarkan pelan yang lebih baik? Atau anda lebih setia kepada jenama telekomunikasi sedia ada?


Komen ()