NASA Memperlihatkan Konsep Pesawat STARC-ABL Dengan Kipas Buritan Yang Menjimatkan Penggunaan Bahan Api

NASA Memperlihatkan Konsep Pesawat STARC-ABL Dengan Kipas Buritan Yang Menjimatkan Penggunaan Bahan Api

Diterbitkan pada November 10, 2017 oleh .

Di darat kenderaan elektrik dibangunkan dengan pesat bagi mengurangkan pencemaran udara. Beberapa negara seperti India nekad mengharamkan kenderaan enjin konvensional seawal 2030. Di sektor pengangkutan, teksi terbang elektrik seperti yang dibangunkan oleh Uber dan NASA semakin banyak dihasilkan. Pesawat komersial masih belum ada yang berkuasa elektrik. Oleh itu usaha mengurangkan penggunaan bahan api turut dilakukan oleh NASA.

Konsep untuk pesawat STARC-ABL (Single-aisle Turboelectric AiRCraft with an Aft Boundary-Layer) diperlihatkan oleh mereka hari ini. Pesawat dua enjin sebesar sebuah Boeing 737 ini dilengkapi kipas elektrik pada buritan kapal. Kipas berkuasa elektrik ini akan menyedut udara yang bergerak pada tubuh pesawat dan memecutkannya ke belakang pesawat. Ini akan menghasilkan tujahan kecil yang seterusnya mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 10%.

Dalam penggunaan biasa, ia boleh menyumbangkan 20% tujahan ketika pesawat berlepas dan 45% tujahan ketika pesawat terbang terbang mendatar. Enjin utama di bawah sayap yang lebih kecil kemudian boleh digunakan. Konsep STARC-ABL akan diuji di makmal Electric Aircraft Testbed (NEAT) mereka di Ohio.

Konspo STARC-ABL ini adalah salah dari dari beberapa konsep pesawat masa hadapan yang sedang diuji oleh NASA. Sebelum ini kami melaporkan program pesawat menghasilkan pesawat supersonik QueSST (Quiet Super Sonic Transport) dan pesawat dengan sayap nipis yang mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 50%.


TIPS & ULASAN