Carian
Sony PlayStation 4 Pro Ditawarkan Pada Harga Serendah RM1338
November 10, 2017 Aman

Bersempena dengan tarikh 11.11, Lazada sedia menjadualkan pelbagai promosi menarik untuk para pengguna. Kini, lebih awal daripadanya, mereka dilihat turut telah menawarkan konsol PlayStation 4 Pro pada harga RM1338 (berbanding harga asal RM1799).

PlayStation 4 Pro ini hadir dengan storan bersaiz 1TB, sokongan grafik yang lebih berkuasa pada kadar FPS lebih tinggi, selain sokongan paparan 4K.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Lazada ini, dan mendapatkannya pada harga lebih rendah berbanding kebiasaan.

Komen