Digi Postpaid 100 Infinite Dengan Panggilan Dan Data Tanpa Had Kembali Sempena 11.11

Digi Postpaid 100 Infinite Dengan Panggilan Dan Data Tanpa Had Kembali Sempena 11.11

Diterbitkan pada November 11, 2017 oleh .

Digi sebelum ini telah menawarkan pelan pascabayar Digi Postpaid 100 Infinite secara terhad kepada pengguna, namun ia telah ditamatkan beberapa bulan lepas. Kini, bersempena dengan hari 11.11 yang menawarkan pelbagai promosi menarik daripada laman e-dagang tempatan, pihak Digi tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan pendaftaran Digi Postpaid 100 Infinite.

Melalui laman rasmi Digi, mereka mengatakan penawaran ini hanya terhad untuk 11 November sahaja. Melaluinya, pengguna perlu membayar RM100 sebulan, dan akan dapat menikmati data tanpa had pada kelajuan 5Mbps, serta panggilan suara tanpa had untuk panggilan dalam negara.

Digi Infinite 11.11

Walaubagaimanapun, untuk penggunaan tethering – dimana data peranti mudah-alih dikongsikan ke peranti lain, Digi mengehadkan ia kepada 20GB.

Disamping itu, pengguna juga diberikan diskaun sebanyak 11% untuk langganan bulanan selama 10 bulan untuk Digi Postpaid 150 Infinite yang turut menawarkan penawaran lebih kurang sama – tetapi dengan tethering tanpa had.

Sebelum ini, pelan ini menerima permintaan tinggi kerana penawarannya yang agak menarik. Mungkin dengan penawaran terhad selama sehari ini, anda boleh mendaftarkan dan mendapatkannya melalui laman Digi hari ini dan tidak terlepas seperti sebelum ini.

Layari : Digi Postpaid Infinite


TIPS & ULASAN