Alibaba Capai Jualan Lebih $1 Bilion Dalam Masa Kurang 3 Minit Bersempena 11.11

Alibaba Capai Jualan Lebih $1 Bilion Dalam Masa Kurang 3 Minit Bersempena 11.11

Diterbitkan pada November 11, 2017 oleh .

Tarikh 11.11 atau 11 November ini sinonim dengan Singles Day yang dipopularkan dari China. Alibaba bersempena dengannya menawarkan pelbagai promosi untuk pengguna di China – dan bukan disana sahaja, tetapi turut memasarkan tarikh 11 November ini melalui platform Lazada di Malaysia.

Terkini, mengumumkan pencapaian mereka, Alibaba Group melalui laman Twitter mengumumkan yang mana mereka telah mencapai angka jualan $1 bilion dalam masa hanya 2.01 minit sejak jualan dimulakan.

Angka ini boleh dikatakan salah satu pencapaian yang besar, dan majoriti jualan dikatakan dilakukan melalui peranti mudah-alih.

Menariknya, selain hanya menjual – Alibaba turut berusaha untuk menghantar barangan sepantas mungkin kepada pengguna. Alibaba mengatakan mereka berjaya membuat penghantaran barangan pertama dalam tempoh sepantas 12 minit 18 saat sahaja.


TIPS & ULASAN