Cari @ Amanz

Lazada sebelum ini sedia menambah sokongan tambah-nilai prabayar terus melalui laman e-dagang mereka. Kini, bersempena pelbagai jualan murah yang ditawarkan, Lazada turut menawarkan tambah-nilai prabayar pada diskaun mencapai 20%.

Daripada pengamatan kami, pengguna Celcom, Digi, Maxis dan TuneTalk boleh menikmati diskaun sehingga 20% untuk tambah-nilai. Berikut merupakan diskaun yang ditawarkan:

  • Tambah-Nilai RM5 pada harga RM4.75
  • Tambah-Nilai RM10 pada harga RM9.50
  • Tambah-Nilai RM20 pada harga RM18
  • Tambah-Nilai RM30 pada harga RM27
  • Tambah-Nilai RM60 pada harga RM51
  • Tambah-Nilai RM100 pada harga RM80

Lazada Topup

Tiada diskaun yang ditawarkan untuk pengguna UMobile buat masa ini.

Anda yang menggunakan pelan prabayar, mungkin boleh tambah-nilai dan berjimat melalui penawaran ini. Sedikit membezakan berbanding pembelian lain di Lazada adalah dimana untuk tambah-nilai mereka hanya menerima bayaran melalui kad MasterCard atau Visa sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd