Samsung Mengesahkan Kewujudan Pemproses Exynos 9810

Samsung Mengesahkan Kewujudan Pemproses Exynos 9810

Diterbitkan pada November 11, 2017 oleh .

Ura-ura kewujudan pemproses Exynos 9810 pertama kali kami laporkan pada bulan Februari. Pada awalnya ramai menyangka ia akan digunakan pada Galaxy S8 yang masih belum dilancarkan pada ketika itu. Sangkaan ini salah selepas S8 dan kemudian Note 8 kedua-duanya dilengkapi pemproses Exynos 8895 di bawah keluarga Exynos 9.

Samsung Exynos 9Kewujudan Exynos 9810 akhirnya disahkan sendiri oleh Samsung semalam. Pemproses yang juga di bawah keluarga Exynos 9 ini memenangi anugerah yang diberikan oleh CES 2018. Maklumat yang dikongsi masih lagi terhad dengan CPU generasi ke-tiga, GPU yang dipertingkatkan, sokongan moden 1.2 GBPS dan penghasilan menggunakan teknologi 10nm FinFET.  Besar kemungkinan Exynos 9810 akan menjana Samsung Galaxy S9 tahun hadapan.


TIPS & ULASAN