Cari @ Amanz

WeChatWeChat merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang berasal dari China, oleh Tencent. Ia sedia digunakan secara meluas di China – dan juga di rantau Asia Tenggara. Sebelum ini Tencent sedia mengumumkan yang mana jumlah pengguna WeChat setiap hari menghampiri angka 1 bilion pengguna.

Kini, berkongsi lanjut, Tencent mengatakan pengguna menghantar lebih 38 bilion mesej melalui WeChat setiap hari. Menariknya, penggunaan penghantaran mesej audio juga popular, dimana sekitar 6.1 bilion mesej audio dihantar melaluinya setiap hari.

WeChat turut dikatakan digunakan untuk panggilan suara dan video – dimana lebih 205 juta panggilan dilakukan melalui platform berkenaan.

Di China, WeChat boleh dikatakan salah satu medium komunikasi utama – dan ia turut menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan, termasuk untuk membeli barangan, membuat tempahan pengangkutan ke destinasi dan sebagainya.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan WeChat?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd