Apple iPhone 8 Plus Kini Boleh Didapati Pada Harga Diskaun RM3699

Apple iPhone 8 Plus Kini Boleh Didapati Pada Harga Diskaun RM3699

Diterbitkan pada November 11, 2017 oleh .

Selain daripada iPhone 8, pengguna yang berminat turut boleh mendapatkan telefon pintar iPhone 8 Plus pada harga diskaun bersempena dengan 11.11 hari ini.

Ditawarkan oleh Tesco melalui Lazada, iPhone 8 Plus dengan storan 64GB ditawarkan pada harga serendah RM3699. Ini memperlihatkan potongan sebanyak RM500 berbanding harga jualan biasanya, iaitu RM4149.

iPhone 8 Plus hadir dengan penggunaan dwi-kamera belakang 12-megapixel, skrin 5.5-inci, menyertakan cip Apple A11 Bionic, sokongan pengecasan tanpa wayar, dan sokongan kalis air.

Bagi anda yang mencari iPhone 8 Plus dan ingin mendapatkannya pada harga diskaun, ini mungkin masa yang sesuai untuk anda.

Beli : iPhone 8 Plus melalui Tesco


TIPS & ULASAN