Perkhidmatan Penstriman Video Disney Akan Tawar Harga Langganan Murah Dari Netflix

Perkhidmatan Penstriman Video Disney Akan Tawar Harga Langganan Murah Dari Netflix

Diterbitkan pada November 11, 2017 oleh .

Disney sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri – sekaligus memberikan persaingan kepada pihak Netflix.

Pengenalan perkhidmatan penstriman ini juga dijangka memberikan kesan kepada penawaran kandungan pada Netflix – memandangkan sejumlah kandungan Netflix hadirnya daripada jenama milik Disney.

Bercakap mengenainya, kini CEO Disney mengatakan mereka akan menawarkan perkhidmatan mereka secara lebih murah pada peringkat awal berbanding dengan Netflix. Salah satu sebab utamanya adalah kerana ia akan mempunyai kandungan yang lebih sedikit berbanding dengan Netflix sendiri.

Tetapi, dengan masa demi masa, ia mungkin mengubah harga penawarannya supaya menyerupai atau setara Netflix.

Buat masa ini, perkhidmatan penstriman Disney ini dijangka ditawarkan bermula dari Amerika Syarikat pada 2019 kelak. Mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan pada peringkat global.


TIPS & ULASAN