China Membangunkan Balai Polis Tanpa Pegawai Yang Menggunakan Teknologi Imbasan Wajah Dan Realiti Maya

China Membangunkan Balai Polis Tanpa Pegawai Yang Menggunakan Teknologi Imbasan Wajah Dan Realiti Maya

Diterbitkan pada November 13, 2017 oleh .

China ialah negara yang bertanggungjawab menghasilkan lebih separuh daripada barangan di dunia. Ia mengeksport 80% barangan yang dihasilkan secara domestik. Dengan kata lain China ialah kawasan perkilangan dunia. Oleh itu negara ini amat terbuka kepada penggunaan teknologi baru. Terkini mereka dilaporkan sedang membangunkan balai polis yang berfungsi tanpa pegawai manusia yang membolehkannya berfungsi selama 24 jam tanpa henti.

Balai polis yang diautomasi sepenuhnya ini menggunakan teknologi imbasan wajah untuk mengenalpasti wajah pengguna Sistem kecerdasan pintar kemudian akan berinteraksi dengan mereka untuk menguruskan hal pendaftaran dan ujian memandu kenderaan.

Penyelaku akan digunakan untuk melakukan ujian mendapatkan lesen. Kerana tiada keperluan manusia, ujian dapat dilakukan selagi terdapat kekosongan pada penyelaku yang dijana menggunakan sistem realiti maya.

Sistem imbasan wajah yang dibangunkan oleh Tencent akan menjadi tulang belakang kepada balai polis moden ini. Di China sistem pengenalan wajah telah digunakan dengan meluas dan menggunakannya sebagai sistem pengenalan diri ialah langkah seterusnya untuk dunia tanpa kertas sepenuhnya.

Sumber Caijing Neican melalui The Next Web


TIPS & ULASAN