Huawei MediaPad M3 Lite – Tablet Memenuhi Segala Keperluan Pada Harga RM999

Huawei MediaPad M3 Lite – Tablet Memenuhi Segala Keperluan Pada Harga RM999

Diterbitkan pada November 13, 2017 oleh .

Terdapat pelbagai cara untuk kita melakukan sesuatu perkara pada masa kini. Jika dahulu kita bergantung sepenuhnya pada komputer, dewasa ini kita mampu melakukan sesuatu baik menggunakan telefon pintar mahupun tablet. Namun telefon pintar mempunyai paparan yang terhad, disamping kapasiti bateri yang mungkin tidak sebesar tablet, justeru memerlukan pengguna menggunakan tablet demi mobiliti yang lebih ringan dari komputer.

Memperkenalkan Huawei MediaPad M3 Lite. Ia merupakan tablet terkini dari Huawei yang mengetengahkan ciri-ciri yang memenuhi segala keperluan anda baik untuk berhibur atau bekerja. Berikut merupakan ciri-ciri khusus secara terperinci yang membantu anda dalam dua faktor tersebut.

Paparan IPS 8-inci 1920 x1200, Fungsi ClariVu

Sebagai tablet yang memfokuskan untuk hiburan mahupun kerja, paparan yang cantik adalah satu keperluan. Tiada gunanya paparan yang bersaiz besar namun tidak mempunyai resolusi yang memuaskan, atau tidak mampu memaparkan paparan HD.

Huawei MediaPad M3 Lite menyertakan paparan IPS bersaiz 8-inci, dengan ketumpatan pixel 283PPI. Pada resolusi 1920×1200, ia mampu memaparkan video HD penuh tanpa masalah. Disamping itu paparannya juga mempunyai teknologi ClariVu yang menapis ‘cahaya biru’ (bluelight) yang menyakitkan mata, sekaligus membuatkan mata pengguna berasa selesa meskipun menggunakan peranti ini untuk satu tempoh lama.

Pembesar Suara Harman Kardon, Super Wide Sound, Dual Stereo Speaker Dual Smart PA Chips

Selepas paparan yang berkualiti dan cantik, kualiti audio perlulah berada pada tahap yang sama atau lebih baik dari itu. Malah ia patut mempunyai bunyi stereo berbanding bunyi mono pada sesetengah tablet popular.

Pada tablet Huawei MediaPad M3 Lite, ia dilengkapi dengan dua pembesar stereo yang memberikan kualiti bunyi yang sangat baik, yang dioptimasikan oleh Harman Kardon. Menerusi teknologi yang dibangunkan oleh Huawei, fungsi Super Wide Sound (SWS 3.0) akan menguatkan kualiti bunyi dan boleh mengetahui posisi peranti tersebut bagi memberikan bunyi yang tepat dan persis.

Split Screen

Tablet yang dicipta dengan tujuan untuk kerja haruslah memenuhi sesetengah ciri-ciri dan salah satu ciri utama adalah kebolehan untuk Split-Screen atau untuk membahagikan paparan kepada dua, bagi menempatkan dua aplikasi bersebelahan. Tidak masuk akal jika pengguna perlu kerap menukar aplikasi aktif demi sesuatu tugasan dan perkara tersebut semestinya menyusahkan pengguna.

Dengan ciri Split Screen, ia sekaligus menjana produktiviti pengguna membolehkan dua aplikasi digunakan serentak. Malah pengguna juga boleh melakukan kerja disamping menonton rancangan kegemaran.

Siap Terpasang Dengan Perisian Microsoft Office Mobile

Jika anda membeli tablet kerana kerja, adalah patut tablet tersebut disertakan dengan perisian yang membantu anda melakukan tugasan pekerjaan anda. Sekiranya anda membeli tablet dan anda masih perlu membeli aplikasi, ia sudah tentu merugikan anda. Perisian Microsoft Office Mobile telah dipasang-siap didalam peranti ini, membolehkan anda terus bekerja sebaik sahaja mengeluarkan Huawei MediaPad M3 Lite dari kotaknya.

Kids Corner

Jika anda ibubapa yang kerap berkongsi tablet dengan anak-anak, pada Huawei MediaPad M3 Lite terdapat fungsi Kids Corner. Menerusi fungsi ini, ibubapa boleh menghadkan fungsi peranti tersebut dan juga akses kepada kanak-kanak, sekaligus mencegah sebarang salahguna mahupun jika kanak-kanak mengakses fail kerja yang sulit.

Bateri Berkapasiti 4,800mAh

Ciri terakhir yang perlu ada pada tablet baik digunakan untuk tugasan kerja ataupun hiburan adalah kapasiti bateri yang besar. Pada Huawei MediaPad M3 Lite, bateri berkapasiti 4,800mAh dapat memainkan video sehingga 9 jam, atau mendengar lagu sehingga 40 jam. Anda boleh melayari web, menonton pelbagai kandungan malah bermain permainan untuk satu tempoh yang lama.


Antara spesifikasi lain yang terdapat pada tablet ini termasuklah capaian WiFi dan Internet yang sangat laju iaitu WiFi 802.11a/b/g/n/ac, dual-band dan LTE Cat.4, kamera 8MP di hadapan dan kamera utama 8MP Autofokus. Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan Huawei MediaPad M3 Lite ini dalam pilihan warna emas dan kelabu pada harga RM999.

Beli: Huawei MediaPad M3

Penafian: Advertorial dari Huawei.


TIPS & ULASAN