Rasmi : Qualcomm Menolak Tawaran Pengambil-Alihan Daripada Broadcom

Rasmi : Qualcomm Menolak Tawaran Pengambil-Alihan Daripada Broadcom

Diterbitkan pada November 14, 2017 oleh .

Minggu lepas, Broadcom telah menghantar bidaan untuk mengambil-alih Qualcomm. Kini, seperti dilaporkan semalam oleh Reuters, pihak Qualcomm secara rasminya mengumumkan yang mana mereka menolak tawaran pengambil-alihan berkenaan.

Menurut Qualcomm, tawaran berkenaan tidak menawarkan nilai yang lebih rendah berbanding kedudukan Qualcomm di industri pada hari ini.

Qualcomm sendiri merupakan salah satu syarikat semikonduktor terkemuka dengan portfolio produk meliputi cip pemprosesan, rangkaian dan sebagainya untuk peranti mudah-alih, peranti berhubung, automotif dan sebagainya. Malah, mereka juga turut memfokuskan kepada perkembangan ke arena 5G yang dijangka popular dalam beberapa tahun lagi.

Walaupun ditolak oleh Qualcomm, ini mungkin tidak akan menghentikan Broadcom begitu sahaja. Kita mungkin akan melihat Broadcom hadir dengan penawaran harga baru atau turut berjumpa dan berbincang dengan Qualcomm untuk pengambil-alihan.


TIPS & ULASAN